Wednesday, 15 October 2014

Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan 

uliah 4

Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan 

KONSEP

  • Merujuk kepada air muka 
  • Berkait rapat dengan maruah diri 
  • Terdapat pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka :" Muka tembok" ," Muka papan  " menunjukkan orang Melayu mementingkan malu dan air muka . 
  • Malu = nilai suci dan murni yang menjadi asa kepercayaan yang diterima mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa . 
  • Menurut Islam , malu=perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala yang terpuji . 
  • Konsep malu menjadi asas didikan anak-anak .
  • Orang yang menerima malu lazimnya akan berasa tertekan dan mudah hilang pertimbangan . 
  • Sesuatu perlakuan yang buruk yang mendatangkan malu akan menjejaskan imeg keluarga juga . 
  • Anggota yang sanggup memalukan diri dan keluarga dianggap tidak bermaruah . 
  • Dalam hikayat sastera klasik , terdapat beberapa peristiwa peperangan , pergaduhan dan amuk berlaku disebabkan seseorang itu dimalukan . 
  • Sewaktu berinteraksi , orang Melayu ditegah menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang . 
  • Penggunaan bahasa dan perkataan yang keluar dari bibir hendaklah santun , tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri , keluarga dan pihak lain walaupun yang dihujah itu benar . 
  • Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. Oleh itu ,penggunaan mulut perlulah dikawal .

    Air Muka Dalam Komunikasi silang budaya :)

    Ianya boleh diterjemahkan sebagai lambang kepada perasaan dalaman seseorang yang diluahkan dalam bentuk mimik muka yang lebih di kenali sebagi air muka. Tidak semua air muka dapat dibaca oleh individu lain tetapi kebanyakan air muka yang ditonjolkan adalah sama sekali memaparkan perasaan dalaman seseorang yang tidak terluahkan. Hal ini demikian kerana berikutan beberapa faktor iaitu keadaan dan situasi yang berlaku dlam kalangan persekitarannya menyebabkan individu terbabit sukar untuk menterjemahkan melalui lisan. Antara contoh air muka:

    Komunikasi Silang Budaya

    Komunikasi ialah pemberian makna kepada perilaku iaitu apa yang diperhatikan. Budaya 
    akan membentuk perilaku seseorang yang akhirnya terus menjurus ke dalam proses komunikasi. Komunikasi adalah dinamik iaitu terus berlangsung dan selalu berubah-ubah. Komunikasi adalah interaktif antara sumber dengan penerima dan ia adalah suatu penghubung antara interaksi manusia dengan manusia laninnya. Dalam proses komunikasi, sumber dan penerima membawa latar belakang dan pengalaman masing-masing. Salah satu pihak akan cuba mempengaruhi pihak yang lain. Komunikasi tidak dapat ditarik balik malahan ianya akan diingati serta menjadi suatu sejarah. Contohnya, penerima telah menerima pengaruh dari mesej yang dihantar oleh sumber dan dipengaruhi olehnya. Maka, pengaruh tersebut adalah tidak dapat ditarik balik. Komunikasi berlaku dalam konteks fizikal dan sosial. Konteks fizikal terdiri daripada keselesaan dan kenyamanan tempat komunikasi berlaku. Dimana tempat dan suasana ketika komunikasi tersebut berlangsung. Manakala konteks sosial pula ialah hubungan sosial antara sumber dengan penerima sama ada kawan dan musuh, guru dan murid, doktor dan pesakit dan sebagainya.
    Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai. Komunikasi ini  berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial. Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain. Orang yang menghasilkan mesej dan orang yang mentafsirkan mesej terdiri daripada individu yang berlainan budaya. Identiti sosial antara pemberi komunikasi itu juga  adalah berbeza. Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan padangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan. Pandangan terhadap dunia ialah kepercayaan terhadap alam semula jadi atau nilai yang dipegang dan ia adalah sukar diubah. Setiap budaya mempunyai tanggapan masing-masing mengenai apa yang betul atau salah. Sistem kod terdiri daripada verbal dan bukan verbal. Contohnya, elemen, struktur, proses psikologikal dan sosiologikal akan mempengaruhi tafsiran terhadap sesuatu kod. Apabila kita berinteraksi dengan orang lain, kita akan bentuk tanggapan diri kita terhadap orang tersebut dan orang tersebut juga akan membentuk tanggapannya terhadap kita. Dan disini air muka amat memainkan peranan penting selain daripada penilaian pertama mereka terhadap penampilan diri kita. Hal ini sangat berkait rapat dengan perwatakan dalaman dan renspon kita terhadap orang yang sedang kita berinteraksi. Perlambangan orang yang sedang berinteraksi boleh jadi negatif atau positif berdasarkan mimik muka atau air muka yang kita tonjolkan.
    Menurut Sarbaugh apabila kita bercakap ia didefinisikan sebagai komunikasi silang budaya. Seperti yang telah diterangkan sebelumnya, komunikasi silang budaya ialah komunikasi antara dua atau lebih individu yang mempunyai latar belakang, identiti yang berbeza dan mereka memaparkan identiti sendiri dalam proses komunikasi. Semua komunikasi ada unsur silang budaya hanya sama ada ia pada tahap yang tinggi, sederhana atau rendah. Komunikasi sangat berbudaya ialah komunikasi di mana tahap perbezaan budaya adalah sangat tinggi. Komunikasi kurang berbudaya ialah tahap perbezaan budaya yang rendah, ini bermaksud dalam kalangan masyarakat itu sendiri tidak mempunyai pelbagai kebudayaan yang terlalu banyak serta sangat kurang adat resamnya.
    Bagi mendalami secara lebih terperinci dan secara praktikal kita dapat lihat melalui contoh komunikasi silang budaya ialah interaksi pelajar Kemboja dengan pelajar Melayu dari Kuim sebagai antara bangsa, interpersonal dalam konteks pendidikan. CEO berbangsa Jepun berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia tentang projek perniagaan mereka. Seorang pelancong Indoneasia berurusan dengan pegawai imigrasen di pejabat imigrasi Malaysia. Seorang pakar penasihat kepada Hicom Sdn Bhd bermesyurat dengan ahli lembaga pengarah Hicom Sdn Bhd. Lembaga mesyurat terdiri dari oang Malaysia, Orang Jepun, Orang Kanada dan Orang UK. Jad segala komunikasi yang terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat yang maksimun jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang terlibat. Mencakupi juga dalam pergaulan sosial mereka jika air muka yang dilemparkan adalah positif dan menyenangkan jadi segala urusan akan lancar tanpa sebarang konflik. Budaya meliputi pengetahuan, pengalaman, kepercayaan, nilai, sikap, agama, waktu, peranan, hubungan yang diperolehi oleh sekelompok besar orang dari generasi ke generasi melalui usaha individu dan kelompok.  Budaya terdiri daripada budaya objektif dan subjektif. Budaya obejektif ialah budaya luaran yang jelas dan mudah dikenal pasti. Contohnya, pakaian, rupa, bahasa, adat reasam, makanan dan bentuk rumah. Budaya subjektif ialah budaya dalaman yang tidak boleh nampak dengan mata kasar dan sukar dikenal pasti. Contohnya, keprcayaan dan nilai amalan. Budaya adalah kompleks dari segi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, hukum, adat istiadat dan kebiasaan. Jadi peranan air muka dalam konteks kebudayaan jika diperhatikan adalah amat berkait rapat dengan kepandaian kita dalam menjaga air muka bagi menjaga keharmonian sejagat. Walaupun ianya seperti remeh namun air muka adalah salah satu yang menyumbang terhadap keberkesanan komunikasi yang berlaku.

 

No comments:

Post a Comment