Wednesday, 15 October 2014

Kesantunan Merentas Budaya 

KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA).

  
•Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja.
•Konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai.
•Pemahaman tentang apa yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi  penekanan dalam proses berkomunikasi.
•Bila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya. 
KOMUNIKASI SILANG BUDAYA
•Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar  budaya yang pelbagai.
•Komunikasi ini berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras,  bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial.
•Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina  dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain.
•Komunikasi silang budaya dipengaruhi oleh padangan terhadap dunia, kepercayaan dan  tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan.
•Jadi segala komunikasi yang terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat  yang maksimun jika nilai-nilai kesantunan sesuatu budaya atau masyarakat difahami dan    diihayati.
•Respon terhadap budaya terdiri cara berkomunikasi, keadaaan komunikasi, bahasa dan    gaya bahasa serta perilaku bukan verbal.
•Budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang rapat.
•Budaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi.
•Komunikasi terikat rapat dengan budaya.
•Budaya berbeza maka tingkah laku dalam komunikasi juga akan
 berbeza.
•Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa yang digunakan  melambangkan budaya kita iaitu nilai yang dipegang.
•Perbezaan budaya akan meningkatkan risiko dalam komunikasi iaitu menyebabkan    berlakunya salah faham.
•Dalam amalan yang biasa di Barat, mencium pipi wanita yang tiada pertalian dianggap lazim  sebagai cara menghormati tetamu
•Namun bagi masyarakat timur – sesuatu yang tidak sopan
•Pandangan mata secara terus juga dianggap tidak sopan kerana tidak merendah diri iaitu,  asas utama dalam budaya komunikasi masyarakat Jepun.
•Berbeza pula dengan budaya masyarakat Barat yang sekiranya seseorang itu tidak    melakukan pandangan mata beliau dianggap menyimpan muslihat dan menyangsikan.
•Dalam masyarakat Melayu melayan tetamu sangatlah diutamakan walaupun dalam keadaan sibuk, namun bagi masyarakat Korea sekiranya sibuk mereka memberitahu secara terus dan akan menyuruh tetamu itu balik.
•Jika tetamu itu orang Melayu sudah pasti akan menimbulkan perasaan kecil hati.
Kesantunan Merentas Budaya Di Malaysia
•Kesantunan sangat penting bagi masyarakat majmuk seperti di Malaysia.
•Perpaduan akan dicapai melalui amalan kesantunan yang diamalkan dalam kehidupan s    seharian.
•Namun, masalahnya ialah terdapat perbezaan budaya antara masyarakat Melayu, India, Cina  dan lain-lain
•Jadi adalah sangat penting bagi setiap kaum memahami dan menghayati nilai-nilai budaya yang akan mempengaruhi amalan kesantunan.
Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Melayu
  • Berpegang kuat pada adat resam dan agama.
  • Memberi salam apabila bersua.
  • Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
  • Kata sapan.
  • Kata gelaran.
  • Panggilan.
  • Bersalam.
  • Bertanya khabar.
  • Melayan tetamu.
  • Menghormati orang tua.
  • dll

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Cina
  • Tunduk ketika memberi salam.
  • Orang tua makan dahulu.
  • Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu.
  • Dalam tokong tidak membenarkan memakai topi.
  • Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat India
  • Duduk bersila semasa makan.
  • Tidak membazirkan makanan.
  • Senyap semasa bersembahyang.
  • Menangalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil
  • Mematuhi adat dan resam
  • Salam orang yang lebih tua.                                                                                                                                                        

Kesantunan = aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga kesantunan sekaligus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial
·         Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek non verbal seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara.
·         Ketika seseorang dikatakan santun, masyarakat memberikan nilai kepadanya, baik penilaian itu dilakukan secara mendadak maupun secara konvensional (panjang, memerlukan masa yang pajang
·         Budaya = secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia
·         Di dalam pengertian yang luas pula, budaya bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia.
·         Kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan  pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.
·         Dalam kalangan masyarakat Melayu, gadis yang duduk bersila dianggap tidak santun manakala bagi masyarakat Cina pula, gadis yang duduk bersila tidak akan dianggap tidak santun.
·         Selain itu, perempuan kaum Melayu tidak boleh bermain bola sepak takraw kerana perbuatan ini tidak santun. Tetapi bagi masyarakat Cina dan masyarakat India pula, perempuan boleh bermain semua jenis permainan bola.
·         Penilaian kesantunan bergantung kepada budaya atau perbuatan yang ditakrifkan santun dalam masyarakat masing-masing. ( KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA)
2.       Terangkan faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian dalam komunikasi silang budaya supaya tidak berlaku konflik dalam komunikasi tersebut.
ü  Cara berkomunikasi
·         Tidak membuat mimik muka
·         Bercakap dengan lemah- lembut
·         Tidak membuat gerakan tangan yang terlampau
ü  Keadaan berkomunikasi
·         tidak bising
·         Terang
ü  Bahasa dan gaya Bahasa
·         Tidak menggunakan perkataan yang kurang sopan
·         Tidak terus memanggil nama orang yang lebih tua
·         Tidak memanggil orang yang lebih tua ‘eh, oi’

 

No comments:

Post a Comment