Konsep Kesantunan Dan Pandangan Tokoh
Konsep
Kesantunan
Santun
- Menurut Kamus Dewan (1984), halaman 1115, santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan.
- Budi Bahasa: Tingkah laku, kelakuan, tutur kata, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang baik, mulia, tertib dan sopan.
- Budi Pekerti:
Tingkah laku, perangai, dan akhlak yang positif. Budi pekerti lazimnya
didorong oleh kekuatan rohani iaitu pemikiran manusia. Pemikiran yang
positif ini akan membawa tingkah laku yang positif juga.
DEFINISI KESANTUNAN BAHASA
"Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan."
KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA
- Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan
- Timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita.
- Contoh: Bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya.
- Cara sapaan lisan/ bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa.
- Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
- Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
- Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
- Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
- Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam.
- Pemilihan kata mesti sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan hubungan antara penutur dengan pendengar.
- Nada mestilah rendah dan lembut.
- Gerak laku haruslah lemah lembut
- Gaya dan ragam mestilah tidak mengejek, menyindir, perli atau menempelak.
- Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli, dan sebagainya.
- Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
TAKRIFAN KESANTUNAN DARIPADA TOKOH-TOKOH DUNIA
- Perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. (Lukoff,1975: 64)
- Usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik. (Fraser dan Nolan, 1981: 96)
- Perlakuan yang mewujudkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial (Leech, 1983: 104)
- Kesantunan ialah usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka. (Brown&Levinson, 1987: 62)
- Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung (Asmah, 2000: 88)
- Perlakuan yang diamalkan untuk membina persefahaman. (Bayraktaroglo, 1997: 5)
Takrifan lain tentang kesantunan bahasa:
- Held- kesantunan sebagai suatu fenomena bahasa yang boleh dikaji secara empirikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar.
- Watts et.al- kesantunan ialah perlakuan bahasa yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan interpersonal dalam kumpulan sosial.
- Awang Sariyan (2007)- kesantunan bahasa ialah penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.
- Siti Hajar Abdul Aziz (2009)- kesantunan bahasa ialah cara penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradab.
RUMUSAN KONSEP KESANTUNAN
Kesantunan merupakan kata-kata atau perlakuan yang:
- sesuai
- tidak menimbulkan konflik
- sentiasa menjaga air muka pendengar
- ikhlas
- merangkumi hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan khalik.
No comments:
Post a Comment