Tuesday, 19 August 2014

 1.4      Ciri-ciri Budi Bahasa

1.4.1   Maksud Budi Bahasa

           Tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan bersopan santun semasa
           berkomunikasi dengan orang lain. Budi bahasa merujuk kepada  tutur kata, kelakuan,
           sopan santun, tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan seseorang yang
           bergabung atau bercantum dalam bentuk kata-kata yang mempunyai akhlak mulia.


Menurut Mustafa Hj Daud (1995)
          
           Seseorang yang berbudi bahasa mempunyai sifat seperti berikut :

           1. Ikhlas
           -   Sifat melakukan sesuatu kebaikan kerana Allah S.W.T tanpa mengharapkan balasan.

           2. Jujur
           -   Nilai lurus hati, tulus dan suci hati tanpa memikirkan maksud lain.

           3. Benar
           -  Tidak menipu atau berpura-pura dalam memberikan pertolongan kepada orang lain atau       
              dalam tutur kata.

           4. Merendah diri
           -   Bersinonim dengan tidak sombong atau tinggi diri dengan orang lain.

          5. Pemurah
          -   Nilai suka menolong orang lain dalam bentuk bantuan tenaga ,fikiran,perbuatan.

          6. Suka menolong 
          -  Menuntut kepada kerendahan hati untuk membantu orang lain yang mengalami kesusahan

          7. Berjasa dan berbakti
          -  Berbudi atau berbuat kebaikan kepada orang lain.

 1.4.2  Lima ciri yang dimiliki oleh orang yang berbudi bahasa
  1.  Pemaaf
  2.  Bersifat sabar
  3.  Bersikap positif
  4.  Memiliki kesantunan 

1.4.3 Kebaikan mengamalkan amalan budi bahasa dalam kehidupan :

  •  Menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain
  • Dihormati oleh masyarakat lain
  • Mengharumkan maruah keluarga
  • Mencapai negara maju

1.4.4 Kesimpulan

Kesimpulannya, orang yang berbudi bahasa memiliki akhlak yang sangat mulia yang terpancar melalui tutur kata yang halus, tingkah laku yang santun, pemikiran yang luhur, perasaan yang tenang, gerak laku yang tertib, hati yang mulia, sentiasa memberikan kebaikan kepada orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri.






No comments:

Post a Comment